Sejarah Watak
Dick membesar di California, ditepi laut. Semasa remaja, dia telah menjadi Kapten di Lifesavers Club di kawasan tempat tinggalnya. Dick mengenali Tuan Soffar semasa di UCLA, California dimana mereka menjadi sahabat baik. 

Selain itu, Dick bekerja di sebuah syarikat insuran yang mengendalikan insuran bagi barangan antik. Jika sesuatu barangan yang telah diinsurankan hilang, Dick perlu menyiasat hal itu sebelum pampasan dibayar dan dimasukkan ke dalam fail UNRECOVERED STOLEN INSURED ITEM.  

Dick mengenali Jasmin semasa Tuan Soffar dan Jasmin berada di sebuah sessi lelongan di Sotheby’s New York untuk membeli jam antik, dimana Dick bertanggungjawab menguruskan hal insuran untuk jam antik tersebut.