Sejarah Watak
Jasmin dibesarkan disebuah kampung di Pulau Pangkor, Perak. Keluarganya hidup dalam suasana kemiskinan, namun bahagia. Jasmin dirisik oleh Tuan Soffar semasa kedatangannya ke Pulau Pangkor untuk membina hotel disana. Oleh kerana niat Tuan Soffar yang ikhlas untuk membantu keluarganya dari kemiskinan, Jasmin menerima Tuan Soffar sebagai suaminya.
Selepas berkahwin, Jasmin mengikut Tuan Soffar untuk memulakan kehidupan mereka di Kuala Lumpur. Segala kebajikan Jasmin dipenuhi dan dijaga oleh Tuan Soffar. Perkahwinan mereka sangat bahagia pada mulanya, sehinggalah Tuan Soffar mendapat tahu yang Jasmin tidak dapat melahirkan anak. Semenjak itu, perhubungan mereka agak dingin.
Jasmin mendapat tahu yang Tuan Soffar mempunyai hubungan dengan wanita lain apabila dia mengesyaki Tuan Soffar selalu tidak pulang kerumah dan bermalam di pejabatnya. |