Sejarah Watak

Tuan Soffar dibesarkan di rumah anak yatim. Disana, dia telah membesar bersama Jefri yang telah dianggapnya sebagai adik angkat. Semasa remaja, beliau telah mendapat biasiswa dari Kementerian Belia dan Sukan untuk melanjutkan pelajarannya di UCLA, California di dalam jurusan Sukan Polo Air. Disana, dia mengenali Dick Johnson dan mereka menjadi sahabat baik. 

Sebelum melibatkan dirinya dalam perniagaan barangan antik, Tuan Soffar adalah seorang pelombong bijih besi dan emas. Kemudiannya, beliau membuka syarikat pembinaan dan perniagaan antiknya. Selain itu, beliau memiliki Syarikat Soffar Sogood, iaitu perniagaan pembuatan sofa terbaik di rantau Asia. 

Semasa projek pembinaan hotel di Pulau Pangkor, beliau terpikat dengan seorang gadis tempatan, Putri Jasmin lalu memperisterikannya.

Next