Sejarah Watak

Dibesarkan di dalam suasana kampung. Ayah Faun, seorang guru silat dan juga pandai mengurut. Oleh kerana itu, dia mempunyai pengetahuan ilmu persilatan dan juga tumbuhan yang digunakan untuk membuat ubatan tradisional. 

Selain itu, Faun telah ditanam dengan minat membaca. Buku – buku yang dibaca adalah dari The adventures of Sherlock Holmes, karya Agatha Christie yang berjudul Murder on the Nile dan juga sebuah buku lama, Hikayat Tun Ali yang dihadiahkan oleh ayahnya. 

Mempunyai sahabat baik dari kecil, Los yang telah mengajaknya mencari peluang pekerjaan di Kuala Lumpur.