Sejarah Watak

Jefri dibesarkan di rumah anak yatim. Disana, dia telah menolong Tuan Soffar yang kemudiannya menganggapnya seperti keluarganya sendiri. Apabila Tuan Soffar telah pulang dari luar negara dan berjaya, dia telah mengambil Jefri dari rumah anak yatim itu sebagai adik angkatnya.

Oleh kerana Jefri tiada keluarga, dia menganggap Tuan Soffar sebagai keluarganya dan terlalu sayangkan Tuan Soffar dan berjanji untuk melakukan apa saja untuk abangnya itu.

Jefri juga sentiasa bersama dengan Tuan Soffar setiap masa dan dia juga memegang rahsia hubungan Tuan Soffar bersama wanita lain.

Jefri juga adalah rakan kongsi didalam perniagaan barangan antik Tuan Soffar. Jefri juga telah memajak tanah dan rumahnya untuk memajukan perniagaan mereka. Dan selepas Tuan Soffar meninggal dunia, Jefri terpaksa melangsaikan hutang – hutang mereka.